Saturday 16 June 2012

Masak-masak Hari Minggu


tadi pagi incik suami ajak pergi Pasar Tani
kami beli sotong, ayam, sayuran, mee kuning, mangga muda dan tempe (lama da tak makan ...teringin plak)
sampai umah mertua
tengok MIL terbaring and nampak sangat lemah
tahu dia xsihat tapi xsangka plak teruk macam tu hari ni
ingat nak masak lunch sama-sama..:(
jadi bekerjasama dengan incik suami jela..(terima kasih abang)
kami masak sotong gulai lemak, sambal goreng tempe + ikan bilis dan sayur goreng kacang buncis
makan bersama adik2 ipar + incik suami
sambal tempe sangat sedap
tak puas makan :)
MIL tak nak makan sebab pahit mulut katanya
ajak pegi klinik dia tak nak
takut kena admitted la
risaukan adik2 nak pegi sekolah kalau dia takda la
lumrah seorang ibu
anak2 mesti tajuk utama dalam hidup
diri sendiri belakang kira

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Rasulullah saw bersabda:

Rasulullah SAW ada ada menyatakan kedudukan mentua melalui sabda Baginda  yang bermaksud "Ibu mentua kedudukannya adalah sebagai ibu"

 
Taraf dan penghormatan kita terhadap  mentua sama seperti ibu bapa kita sendiri dan doa mereka juga sangat dimakbulkan.


Sotong gulai lemak

Bahan-bahan:
  • 1/2 kg sotong (dibersih dan dipotong dua)
  • Semangkuk santan pekat
  • 4 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 2 biji bawang putih (ditumbuk)
  • 2 hiris halia (ditumbuk)
  • 2 hiris lengkuas (ditumbuk)
  • 2 hiris kunyit hidup (ditumbuk)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 3 sudu besar air asam jawa
  • 5 tangkai cili padi (ditumbuk)
  • Sedikit perasa
Cara-cara:
  • Panaskan santan, serai dan sedikit garam di dalam periuk dengan disertakan semua bahan tumbuk.
  • Kacau sentiasa supaya santan tersebut tidak berketul-ketul (psstt: nanti tak cantik :) ).
  • Setelah 2 kali menggelegak, masukkan sotong bersama air asam jawa.
  • Pastikan sotong tidak dimasak terlalu lama, kalau tak dagingnya akan cepat liat.
  • Seandainya warna gulai kurang kekuningan, boleh tambahkan sedikit serbuk kunyit.

Sambal Tempe

Bahan-bahan:
  • 1 paket tempe (dipotong kecil)
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/2 cawan ikan bilis (digoreng)
  • 1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
  • 1 biji ubi kentang (dipotong dadu dan digoreng)
  • 3 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 2 biji bawang putih (ditumbuk)
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • 1 sudu besar cili kisar
  • Sedikit air
  • Sedikit perasa
Cara-cara:
  • Gaul rata serbuk kunyit, garam dan tempe. Biarkan seketika kemudian gorengkan.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. Kemudian tambahkan cili kisar dan goreng lagi sehingga garing.
  • Kemudian masukkan air asam jawa, gula dan biarkan seketika.
  • Setelah sebati masukkan tempe, ikan bilis, kacang tanah, ubi kentang dan kacau rata. Rasa terlebih dahulu sebelum masukkan garam kerana mungkin ikan bilis sudah memberi rasa masin kepada hidangan tersebut.
Selamat Mencuba!!

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers