Thursday 4 October 2012

Hari Malaysia

Ni story last 3 weeks, tapi kerana kesibukan kerja + seminggu lepas tu nak ke Penang pulak, baru hari ni dapat publish entry ni. Entry Penang pun tak buat lagi, tapi takpelah, since this blog own by only me, so ikut suka den la nak publish bila..hehehe..ye dop?? yang penting mesti ada supaya next time boleh flashback those memories.


Hari malaysia korang diisi dengan aktiviti apa ek?? Me and family ke rumah arwah nenek sebelah mak untuk kerja-kerja pembersihan sekitar rumah. Since rumah tu tidak berpenghuni sejak arwah meninggal, jadi 2 bulan sekali mak saudara atau kami sendiri akan ke sana untuk kerja-kerja pembersihan. Ada juga orang tanya kenapa tidak disewakan je, tapi adik-beradik mak berpendapat kalau sewakan, dorang dah tak boleh datang sini nak tidur baring jarang-jarang sekali, nak pergi sana makan buahan sekitar rumah pun mesti dah jadi segan. Kebetulan suami ada balik sekejap dari KL untuk settle barang-barang nak pindah ke Kelantan, jadi dia pun ikut sekali sebab sejak kahwin kami tak pernah lagi bawak dia ke sini.

 Sekitar kawasan rumah, teringat zaman-zaman time arwah masih ada. Kalau kami datang visit, mesti pagi tu arwah mok tua (nenek) akan tercongok tepi tangga tunggu kami. Semoga Allah tempatkan mereka di kalangan orang-orang yang beriman..Al-Fatihah.

Sebenarnya sangat best datang sini, suasana kampung tu sangat terasa, dengan udaranya bersih, bunyi unggas dan riang-riang berokestra sesama meraka..hahaha..and yang penting pokok buah-buahan masih sudi berbuah biarpun tiada tuan yang menjaga. Time kami pergi tu buah semua masih dalam proses untuk ranum, agaknya sekarang dah terlebih ranum kot and dah jadi rezeki tupai agaknya..

Ni view belakang rumah, ada durian,kelapa,manggis, pisang and etc..

 Rambutan kuning

 Rambutan merah


Siapa suka buah ni??? saya takkkkkk suka tapi ayah, mak sedara and even suami suka buat ulam. Apa ke rasa tak tahu la den.

Bestnya kalau dapat goreng cempedak nih..dahla gemuk-gemuk..

 Time snap gambar ni, mak sedara cakap hati-hati jangan sampai tersentuh, nanti buah tu merajuk taknak membesar dah! Lol!!! Mungkin arwah nenek ada bagitahu dia gitu kot.

 Belimbing buluh ni best sangat kalau letak dalam kuah nasi dagang, arwah mok tua dulu pandai buat nasi dagang and dia pasti taruk buah ni sekali. Tapi kelihatan belimbing ni tak berapa sihat, buah kemetot je..

 Buah rambai pun ada, saya ingatkan ada beberapa tangkai je, rupanya beribu tangkai disebalik daun-daun yang rimbun tu. Agaknya sekarang mesti dah luruh penuh bawah pokok.



Ini pisang gala according to my mum. Pisang ni tak sesuai sebagai pencuci mulut macam pisang lain, sebab banyak biji, kalau makan mesti tension sebab mulut sibuk duk kumat kamit asing biji dengan isi. Sesuai untuk buat acar masam, time bulan puasa sangat la laku kat tempat kami.

 Anggur malaysia aka cherry


My dad cangkul tanah belakang rumah pastu dia nampak ada beberapa ekor anai-anai sedang bersiar-siar di taman rumput, apa lagi dicangkulnya kawasan tu kononnya nak cari sarang dia. Kalau tak dimusnahkan, rumah pun boleh runtuh! Cangkul punya cangkul, nahhhhh rupanya bawah tu ada istana dia, subhanallah cantiknya sarang, mereka tak perlukan simen tiang konkrit bagai untuk bentukkan bumbung gitu. First time tengok, kalau yang tepi-tepi tiang tu biasa je kan macam terowong karak..ini yang dalam tanah. Sarang pula nampak macam karangan laut.

 Ayah tukang mesih rumput.

 Suami tukang sapu and saya tukang snap gambar + tukang makan.


 Time duk snap gambar pokok manggis tu, saya terjumpa sebiji yang masak separuh, lepas suami selesai kerja saya minta dia petikkan, matanya lagi tajam dari helang agaknya, diselak-selak daun tuh, bukan setakat sebiji tapi 8 biji dia jumpa. Yeayyy merasa makan manggis..

*** Semua gambar di ambil menggunakan S2 je, takda la cantik macam DSLR kot..Alang-alamg mobile kat tangan, malas la nak guna camera bagai.

Semalam redmummy keluarkan entry pasal dia hadiahkan suami dia S3 sempena his birthday. Den pun call la my husband bagitahu birthday tahun depan boleh tak diawalkan ke tahun ni, and nak tukar S2 ni kepada S3..hahaha..tahu dia jawab apa? S2 pun tak habis guna tak habis explore lagi ada hati nak pakai S3. Daripada S3 baiklah mesih basuh and freezer. Diam ajo la den..8O sebab sekarang dia duk plan nak penuhkan barang keperluan rumah.

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers