Tuesday 16 October 2012

Kenduri tahlil

 Just got home, tadi pergi rumah arwah tokki chik, cucu dia jemput pergi rumah untuk kenduri tahlil..sambil tu boleh tolong kerja-kerja dapur di samping mengeratkan silatulrahim sesama jiran..Oh ya kepada yang tak tahu, tokki chik ni jiran depan rumah kami, dan dia pun selalu mai rumah..Semoga keluarga arwah tokki chik ikhlas dalam menyediakan majlis itu dan diharapkan juga agar tetamu yang hadir tu ikhlas mendoakan si mati kerana sekiranya mereka ikhlas, insya Allah pahala itu akan sampai kepada si mati..Amin
Menu yang disediakan kepada tetamu tadi..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Diriwayatkan dari Saidatina Aishah r.a. menceritakan:

Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.;

‘Sesungguhnya ibuku telah mati. Aku mendapatinya jika sekiranya ia berpeluang bercakap (ketika hampir matinya) nescaya ia akan bersedekah (yakni menyuruh agar dikeluarkan sedekah dari hartanya). Maka apakah baginya pahala jika aku bersedekah bagi pihaknya?’. Jawab baginda s.a.w.; ‘Ya’.

 (Riwayat Imam Bukhari & Muslim)

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers