Wednesday 14 November 2012

Nasi kebuli + sambal ikan aya

Punya la semangat nak sediakan breakfast, sampaikan malam tadi tidur pun tak lena..kejap-kejap terjaga tengok jam, last time pukul 4.30am, terus bangun ambil hp letak alarm..sebelum tu malas nak kunci jam. Pukul 6.00am alarm bunyi terus bangun, takda nak delay bagai. Padahal sempat je, sebab semua dah sedia, tinggal lagi nak masak nasi and panaskan lauk je. Bangun pagi ni jugak baru teringat baju Incik Suami tak iron lagi..hahahah, duk sibuk masak sangat malam tadi konon..nak buat nasi lemak, tapi saat-saat terakhir ubah kepada nasi kebuli, biasa nasi kebuli dihidang bersama gulai ikan, tapi den suka lagi makan dengan sambal tumis ikan aya.





 Alhamdulillah...

Nasi Kebuli

Bahan-bahan:
  • 2 pot beras siam
  • 3 biji bawang merah (dimayang)
  • 2 ulas bawang putih (dimayang)
  • 1/2 inch halia
  • Rempah halus (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
  • Daun pandan
  • Garam
Cara-cara:
  • Panaskan periuk dan tumis rempah ratus, halia bersama bahan mayang sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan air beserta daun pandan dan garam. Tutup api setelah menggelegak.
  • Cuci beras dan tuang bahan tumis tadi ke dalam periuk nasi.
Sambal tumis ikan aya

Bahan-bahan:
  • 300 g ikan aya hitam (dibersih dan dipotong)
  • 4 sudu besar minyak
  • 3 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • Daun pandan
  • 4 sudu besar lada kisar
  • Garam, gula dan serbuk perasa
 Cara-cara:
  • Di dalam periuk, kukuskan ikan aya bersama lengkuas, kunyit dan asam keping. Setelah masak gorengkan ikan tersebut (tak perlu garing sangat).
  • Panaskan kuali dan tumis bahan kisar sehingga kekuningan, kemudian masukkan lada kisar dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
  • Kemudian masukkan air kukusan ikan aya tadi beserta daun pandan. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa. Sedia untuk dihidang.
 Selamat Mencuba!!

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers