Sunday 11 November 2012

Our dinner tonight

Lunch tadi kononnya nak masak nasi ayam, ater kenyang lagi makan nasi goreng yang pagi tadi punya, so cancel masak nasi ayam. Dalam kul 3.30pm kami keluar rumah pergi pasar Pasir Mas..Husband request nak makan sup daging, so nasi ayam postpone dulu..rezeki kami ada lagi, sorang je lagi pakcik jual daging yang ada, kalau tak nan ado la sup daging. Beli ikan kering sikit, ayam separuh and sedikit sayur mayur.

Ayam tu untuk goreng Kentucky sebab tadi terbau ayam KFC time nak kuar rumah, jiran masak agaknya. Husband ajak beli KFC je, tapi kan dah cakap tak nak beli makanan luar, nak masak..hihihhi. Tapi ni dah rasa kenyang yang amat, ayam Kentucky tu esok la buat pulak gamaknya..
OTW back home ingat nak cari meja kat kedai perabot, tapi banyak kedai tutup sebab hari ni hari pertabalan sultan kelantan kan..

 Sup daging

 Ikan kering

Sambal ikan bilis

Finally..burpppppp alhamdulillah kenyang..

Sup daging

Bahan-bahan:
  • 1/4 kg daging lembu (dipotong & dibersih)
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 3 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 inch halia (dihiris)
  • 3 keping asam gelugur
  • 1 bungkus sup bunjut
  • Rempah ratus (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga)
  • 1 batang lobak merah (dipotong)
  • 1 biji tomato (dibelah 4)
  • 3 tangkai cili padi (dicincang kasar)
  • Daun sup & daun bawang (dimayang)
  • Garam, gula dan serbuk perasa
Cara-cara:
  • Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk, halia beserta rempah ratus sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan 3 cawan air, beserta sup bunjut dan biarkan sehingga mendidih.
  • Setelah mendidih masukkan daging, asam keping, garam dan reneh sehingga daging tersebut empuk.
  • Apabila daging empuk, masukkan lobak merah dan masak lagi selama 10 minit.
  • Akhir sekali masukkan hirisan cili padi, tomato beserta sedikit gula dan serbuk perasa. Taburkan daun sup dan daun bawang. Sedia untuk dihidang.
Selamat Mencuba!!

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers