Tuesday 25 June 2013

Ekpedisi mencari siput remis

Salam uolssss..

Hari ru cerita pasalal ekpedisi mencandat sotong, tapi kali ni meredah pasir mencari remis. Betul ke ayat I ni, mintak maaf cikgu BM kalau salah tolong betulkan eh?..Lepas Incik Suami balik solat Jumaat kami siapkan barang2 untuk ekpedisi tersebut..hahahha beria je kan, padahal apa la sangat, baldi kecik 2 biji, air minuman itu je pun..Suami pulak dengan alatan memancing, katanya sambil2 cari remis boleh la hulur joran. Umpan dia bawak sotong candat aritu. Lokasi pencarian remis adalah nun jauhhhhhhhhhhh ke Pantai Pulau Kerengga.

Sebab apa jauh sangat???? Terengganu kan kaya dengan pantai, napa jauh sangat perginya? Kan hari tu office mate I bagitahu, dia cari kat sana, thats why dapat banyak, so I pun jadi tamak haloba nak la jugak dapat banyak macam dia. Niat di hati ni nak bagi kat mertua..itu je sebenarnya. 

Kami gerak dari rumah pukul 4.00 ptg, kiranya sampai je sana masuk waktu Asar. Kami singgah solat di Surau Penjara Marang..Sunyi je koooo kawasan penjara tu. I nak solat pun mai seram sebab takda orang. Incik suami duk intai I kat sebelah perempuan, agaknya dia nak tengok isterinya ni masih selamat ke tidak kat sebelah..hahhaha



Gaya mesti lebey ye dop suamiku??? Lagaknya macam nak gi mancing ikan yu..hahha..siap dengan topi dengan joran bagai. Padahal nak gi cari remis je pun. Nasib baik tak bawak nasi gulai bagai.


Ce korang tengok, jauhnya suami I tinggalkan I, macam tak sempat2 je. Bukannya dia nak holding my hand ke..cheeewah, nak pegang pinggang I ke menyusuri tepian pantai tu, tapi ditinggalnya eden jauhhhh ke belakang. Dibuatnya si monyet kidnap I, eh ada ke monyet nak kidnap I ni, hehehhe..ha time tu baru la sibuk menggagau mana isteri aku...


Korang rasa suami I tu sedang buat apa?Choose eh?
1) Tengah cuba buat mini pool untuk sand castle <-- apa kejadah nak sand castle pulak??
2) Tengah telek kaki dia sendiri "Eh putih + gebu pulak kaki aku bila kena air masin ni, habis hilang segala daki bagai.
3) Sedang cuba belajar menari twist.
hahaahhah

Jawapan tu semua salah ye tuan puan kecuali no.3, yang tu ada masih boleh dipertimbangkan. Mesti la dia sedang gigih mencari remis. Its not that eassyyyyyyyyy to get 'them'...
Balik je I rasa macam nak demam, punya la penatttttttt..

I wonder macamane my friend tu dapat begitu banyakkkkkkkkk sekali, penuh botol air mineral besar tu!!!
Yang kami dapat cuma....


secoet ini sahaja....Ini la dinamakan rezeki kami hari itu yer...Kami gerak balik pukul 6.45, masa tu penuh sikit je dari yang dalam gambar ni. Kiranya tak nampak la tapak baldi tu.
Diantara secoet ni remis yang kami dapat, bahagian I hanyala secubit cuma..7-8 ekor je I dapat. Selebihnya sang suami punya..hahahha...ater kakinya besar+panjang, I ni kaki size 4, mana la nak jumpa si remis tu. Plus memang I takda pengalaman cari remis, kiranya tak pandai cari la senang kabo...

Baru I tahu remis ni rumanya pandai tau..bila ombak sapu permukaan pasir tu, konon kite ni nampak la dia. Tapi si remis ni akan mengiring untuk masuk ke dalam pasir balik. Kalau lambat nan ado la untuk kita. Cepat gila dia sembunyi..Kuasa Tuhan, tu fisrt time I tengok...

Tak dapatla nak bagi kat MIL since hasil tangkapan pun sikit je, buat lekat celah gigi je orang cakap...Later kami akan ke pantai lagi untuk tujuan di atas..InsyaAllah...


1 comment:

amirulyaacob said...

pencari remis upahan... hahah.. bukan x sepat2 nak cari remis tapi lama x kena air laut syg..

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers