Monday 17 August 2015

Barut bayi



Barut ni I jahit sendiri tau..just for my little daughter. Sibuk ke, susah ke, penat ke, tetap I nak jahit sendiri untuk dia. Alhamdulillah Allah izinkan niat I tu terlaksana. Masa jahit ni pregnancy dah masuk 7 bulan, so dah start jahit sikit-skit barang keperluan anakanda. Nak start awal pun bimbang jugak, takut jadi pape, sebab ni pregnancy ke-3 dah. Barut bayi ni adalah projek pertama untuk menyambut orang baru, lepas dah siap barut mula la berkembang kepada sarung tilam, bantal, comforter, blanket, nursing cover, tilam alas plastik and many more. I akan share one by one yer.




Ni size new born, I buat dua size, lepas habis pantang bulan ke-4, I start jahit size besar sikit, belang hijau, sebab yang new born ni dah tak padan. Anakanda I pakai barut sampai usia 9 bulan tau..hihihi. Nampak tak tali tu agak panjang, masa ni tak reti lagi nak budget panjang tali, dah siap sehelai tunjuk kat mak, mak kata tak lulus sebab tali panjang sangat. Total size NB I buat 10 helai, size L pun i buat 10 jugak. Betul-betul kaya dengan barut.

Date: 18/01/2014

No comments:

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers
Lilypie Angel and Memorial tickers